AGENDA

Kerajaan digesa tambah geran bantu industri bioteknologi

22 Jun 2020, 10:25 AM
Kerajaan digesa tambah geran bantu industri bioteknologi

SERDANG, 22 JUN: Kerajaan disaran membantu industri bioteknologi negara berkembang termasuk menambah geran bantuan untuk syarikat tersebut, kata ahli parlimen Serdang.

Ong Kian Ming berkata penekanan perlu diberikan untuk mengkomersilkan produk tempatan selaras dengan pasaran bioteknologi global yang dijangka terus meningkat.

"Kerajaan perlu terus bantu dan sokong syarikat tempatan bukan sahaja untuk bersaing di dalam negara tetapi peringkat serantau atau global.

"Sebagai contoh kajian khasiat kulat banyak dilakukan sama ada dalam bidang pertanian atau perubatan yang sebenarnya boleh dikembangkan lagi," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Ligno Biotech Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Balakong hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619