AGENDA

Lebih 80 peratus penduduk Lembah Klang lengkap divaksin hujung Ogos

3 Ogos 2021, 3:46 PM
Lebih 80 peratus penduduk Lembah Klang lengkap divaksin hujung Ogos

SHAH ALAM, 3 OGOS: Lebih 80 peratus penduduk Lembah Klang dijangka lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 menjelang hujung bulan ini.

Penyelaras Program Operasi Lonjak Kapasiti berkata susulan itu jangkitan harian tinggi yang direkodkan ketika ini diyakini akan berkurangan.

Jelas Dr Ong Kian Ming, Program Vaksin Selangor (Selvax) anjuran Kerajaan Negeri sejak Jun lalu turut membantu jangkaan berkenaan dicapai.

"Selvax merupakan langkah baik dalam menyelaraskan usaha PICK (Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan). Kerjasama ini capai sasaran penduduk Selangor terima satu dos suntikan menjelang Ogos termasuk yang mendaftar di MySejahtera.

"Kejayaan (Selvax) ini bukan kepada Selangor sahaja sebaliknya sebahagian daripada Lembah Klang kerana ada penduduk Kuala Lumpur terima suntikan di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika bual bicara bertajuk Lonjakan Vaksinasi Lembah Klang yang disiarkan secara langsung di Facebook Media Selangor dan YouTube Selangor TV malam ini.

Menurut ahli parlimen Bangi sasaran penduduk lengkap divaksin itu membolehkan Pelan Pemulihan Negara yang dikuatkuasakan di Lembah Klang beralih ke fasa seterusnya.

Kerajaan Selangor dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalinkan kerjasama dengan membenarkan individu yang mendapat janji temu di MySejahtera menerima vaksin program Selvax di beberapa pusat terpilih bagi mempercepat proses vaksinasi penduduk.

Susulan itu, EXCO Pembangunan Luar Bandar Borhan Aman Shah menyasarkan semua penduduk negeri ini lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 menjelang hujung tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619