AGENDA

KPDNHEP setuju caj gunting rambut, dandanan naik RM1 hingga RM3

18 Jun 2020, 8:32 AM
KPDNHEP setuju caj gunting rambut, dandanan naik RM1 hingga RM3

SHAH ALAM, 18 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersetuju membenarkan perkhidmatan gunting dan dandanan rambut mengenakan caj tambahan antara RM1 hingga RM3.

Pengarah penguat kuasa KPDNHEP berkata kenaikan itu bagi menampung kos tambahan pembelian apron pakai buang dan sarung tangan dipakai pelanggan, lapor Berita Harian.

"Keputusan ini dicapai hasil rundingan KPDNHEP dengan peniaga dan pihak kami beranggapan kenaikan kos ini munasabah demi memastikan keselamatan pelanggan itu sendiri.

"Peniaga yang didapati menaikkan caj perkhidmatan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 serta boleh boleh didenda hingga RM500,000," kata Datuk Iskandar Halim Sulaiman hari ini.

Beliau berkata setakat ini KPDNHEP mengeluarkan lima notis amaran terhadap pemilik kedai gunting dan pendandan rambut supaya mengembalikan caj perkhidmatan mereka kepada harga asal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619