AGENDA

4,969 panggilan mengadu tekanan emosi semasa PKP - KKM

3 Jun 2020, 12:45 PM
4,969 panggilan mengadu tekanan emosi semasa PKP - KKM
4,969 panggilan mengadu tekanan emosi semasa PKP - KKM

SHAH ALAM, 3 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 4,969 panggilan berkaitan masalah tekanan emosi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini jumlah keseluruhan panggilan ialah 9,938 dan panggilan kedua tertinggi disebabkan kehilangan pekerjaan dan tiada punca pendapatan.

"Sementara tujuh peratus aduan berkaitan masalah rumah tangga seperti keganasan dan baki aduan ialah berkaitan ketakutan akibat Covid-19 dan bantuan kewangan.

"Seramai 148 pegawai psikologi kaunseling KKM bersedia menerima panggilan daripada orang awam, kami menggalakkan masyarakat menggunakan perkhidmatan kesihatan mental ini secara dalam talian juga," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini KKM dengan kerjasama Medical Relief Society (MERCY Malaysia) menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial kepada rakyat Malaysia.

Semua petugas barisan hadapan dan individu yang terkesan emosi akibat Covid-19 boleh menghubungi talian 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935.

Waktu operasi perkhidmatan ini bermula dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619