AGENDA

Putri bantu orang awam dapat maklumat pantas - Plus

22 Mei 2020, 3:02 AM
Putri bantu orang awam dapat maklumat pantas - Plus
Putri bantu orang awam dapat maklumat pantas - Plus

SHAH ALAM, 22 MEI: PLUS Malaysia Berhad (Plus) memperkenalkan PLUS Texting Realtime Interface (Putri), chatbot pertama industri lebuh raya bagi memudahkan pengguna mendapat maklum balas pantas.

Ketua Pegawai Teknologi Inovasi PLUS, Shamsul Izhan Abdul Majid berkata Putri dijangka dapat mengendalikan lebih 70 peratus daripada 1,500 panggilan diterima Pusat Pemantauan Trafik (TMC) Plus setiap hari.

"Dengan Putri, petugas TMC boleh memberi lebih fokus terhadap panggilan kecemasan dan koordinasi bantuan bagi membantu pelanggan yang berdepan masalah.

"Putri berupaya memberi maklum balas perkhidmatan secara serentak berkaitan kadar tol, maklumat trafik, pertanyaan mengenai PLUSMiles, produk, kemudahan, promosi dan insiden,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Izhan berkata Putri dilancarkan 27 April lalu turut dibangunkan susulan penularan pandemik Covid-19 yang memerlukan orang awam bergantung kepada teknologi digital.

"Pandemik Covid-19 telah merubah cara kita berinteraksi antara satu sama lain dan teknologi berkomunikasi menjadi semakin kerap dalam norma baharu.

"Di peringkat global, chatbot menjadi komponen penting dalam perhubungan pelanggan terutamanya bagi industri penerbangan, kesihatan, telekomunikasi, peruncitan, kewangan, makanan dan media," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619