AGENDA

Kerajaan teliti SOP kedai gunting rambut

21 Mei 2020, 7:27 AM
Kerajaan teliti SOP kedai gunting rambut

SHAH ALAM, 21 MEI: Kerajaan sedang meneliti tatacara operasi piawai (SOP) kedai gunting rambut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata persatuan perkhidmatan gunting rambut telah mengemukakan cadangan SOP tersebut dan ia perlu diperhalusi bagi mengelak penularan Covid-19.

"Masih ramai takut untuk menggunting rambut kerana isu penjarakan sosial sukar dilakukan selain turut membabitkan sentuhan, jadi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti SOP kedai gunting rambut.

"Kedai gunting rambut ada pelbagai kategori, ada di pusat membeli belah dan ada juga kedai mamak sediakan perkhidmatan gunting rambut, jadi SOP kena diperketatkan," katanya pada sidang media di Putrajaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619