AGENDA

Rakyat Malaysia bazir 17,000 tan sisa makanan setiap hari

25 Jun 2025, 4:11 PM
Rakyat Malaysia bazir 17,000 tan sisa makanan setiap hari
Rakyat Malaysia bazir 17,000 tan sisa makanan setiap hari

SHAH ALAM, 25 JUN: Rakyat negara ini menghasilkan 17,000 tan sisa makanan sehari, yang mana 4,005 tan masih boleh dimakan merangkumi 24 peratus daripada keseluruhan komposisi sisa pepejal.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata pembaziran dan sisa makanan adalah 8.3 juta tan metrik setiap tahun sekali gus menunjukkan trend membimbangkan dalam amalan pengurusan makanan negara.

“Secara kasar, setiap individu menyumbang kira-kira 259.82 kilogram kepada statistik yang meresahkan ini.

“Situasi ini membimbangkan memandangkan terdapat golongan masyarakat yang menghadapi kekurangan makanan dan kesukaran mendapatkan sumber pemakanan yang mencukupi,” menurutnya menerusi laporan di laman sesawang.

Menurutnya lagi, sikap pengguna yang tidak merancang pembelian, berlebihan ketika membeli atau memasak dan membuang makanan hanya kerana tarikh luput mendekati menyumbang kepada punca utama pembaziran.

“Budaya jamuan besar dan bufet yang tidak terurus turut menyumbang kepada pembaziran ini yang memberi kesan kepada ekonomi dengan kerugian besar dalam pengeluaran makanan

“Ia juga menjejaskan alam sekitar kerana sisa makanan yang dibuang ke tapak pelupusan menghasilkan gas metana yang mencemarkan udara,” katanya lagi.

[caption id="attachment_685493" align="alignnone" width="803"] Orang ramai mengunjungi gerai untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan PKNS, Shah Alam pada 3 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini mencatat prestasi memberangsangkan apabila berjaya merekodkan sejumlah RM3.2 bilion dengan meningkat 12.9 peratus berbanding RM2.5 bilion pada 2024.

Selangor muncul negeri paling tinggi merekodkan nilai jualan kedua-dua bazar itu pada tahun ini sebanyak RM700 juta membabitkan 38,811 pekerja.

Ia diikuti Johor sebanyak RM500 juta (44,525 pekerja) manakala Kuala Lumpur RM400 juta (16,142 pekerja), yang mana ketiga-tiganya menyumbang 47.5 peratus daripada keseluruhan jualan negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619