AGENDA

Anwar: Tidak adil pertikai guru ketika perintah kawalan

16 Mei 2020, 6:58 AM
Anwar: Tidak adil pertikai guru ketika perintah kawalan

SHAH ALAM, 16 MEI: Pihak tertentu yang mempertikaikan peranan dan pengorbanan guru sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dianggap sebagai tidak adil, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Pakatan Harapan (Pakatan) berkata kritikan itu disifatkan tidak wajar kerana mereka masih bertugas dalam tempoh berkenaan dengan pembatasan sosial.

"Saya harap guru cukup bersemangat walaupun ketika Covid-19 (tugas mereka) terbatas, ini seperti saya sebutkan (pembelajaran) melalui digital dan secara dalam talian, iaitu guru boleh berkhidmat, malah sekarang ini terus berkhidmat," katanya dalam sesi Facebook Live hari ini.

Anwar yang juga Presiden KEADILAN berkata apa menjadi masalah ketika ini adalah capaian internet kurang baik di kawasan luar bandar dan pedalaman yang menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sempena sambutan Hari Guru hari ini, Anwar berkata beliau mengiktiraf peranan golongan pendidik serta memuliakan profesion perguruan atas khidmat dan pengorbanan mereka kepada pembentukan bangsa dan negara.

"Kita doakan sebaiknya kepada guru dan tenaga pengajar, bila sebut guru ini termasuk semua sekali di sekolah, dari yang jaga makmal, kebersihan dan lain-lain, kita harus ucap setinggi-tinggi penghargaan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619