BERITA UTAMA

MB seru anak hargai ibu, jasa tidak terbalas

10 Mei 2020, 8:07 AM
MB seru anak hargai ibu, jasa tidak terbalas
MB seru anak hargai ibu, jasa tidak terbalas

SHAH ALAM, 10 MEI: Dato' Menteri Besar menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu.

Dato' Seri Amirudin Shari juga menyeru anak-anak supaya menghargai jasa ibu selagi masih ada hayat dan mendoakan mereka jika sudah tiada.

[caption id="attachment_408703" align="alignright" width="411"] Dato' Menteri Besar menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

"Selamat Hari Ibu saya ucapkan kepada bidadari dan ratu hati bergelar ibu. Usaha membesarkan anak-anak hingga menjadi seorang insan yang berjaya, jasa ibu tidak terbalas.

"Hargai ibu semasa hayat mereka dan doakan ibu yang telah pergi menghadap Sang Pencipta," tulisnya di Twitter sempena sambutan Hari Ibu hari ini.

Sambutan itu lazimnya disambut bagi menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita bergelar ibu yang telah mengorbankan tenaga, masa dan hidup demi kebahagiaan anak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619