BERITA UTAMA

Rumah Seni Selangor kutip hampir RM10,000 bantu seniman

3 Mei 2020, 3:13 AM
Rumah Seni Selangor kutip hampir RM10,000 bantu seniman

SHAH ALAM, 3 MEI: Tabung Karyawan Seni Rupa mengutip dana berjumlah RM9,680 setakat ini, kata penolong pengurus Rumah Seni Selangor (RUsSEL).

Alina Abdullah berkata seramai 20 penyumbang menyalurkan ke tabung berkenaan untuk diagih kepada golongan seniman yang memerlukan susulan wabak Covid-19.

"Terima kasih kepada para penyumbang! Kami juga telah mengenal pasti karyawan seni halus yang amat memerlukan bantuan. Agihan akan diberi dalam masa terdekat," katanya menerusi Twitter malam tadi.

Sebanyak 28 karya dalam bentuk lukisan, cetakan, catan dan arca membabitkan 18 artis termasuk Ahmad Fuad Osman, Bayu Utomo, Suddin Lappo dan Hasmi Hashim dijual secara maya.

RUsSEL juga mengulang cetak edisi terhad ‘tugu’ petugas barisan hadapan menggunakan teknik sutera saring atas kertas karya Haris Abadi berikutan sambutan ramai.

Orang ramai boleh menghubungi 016-7744840 untuk tempahan. Karya dihantar selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.

Sumbangan ke tabung itu juga boleh dibuat menerusi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 14171010009846 atas nama Pertubuhan Komuniti Artport Malaysia (Rujukan: COVART19).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619