AGENSI

LZS Sabak Bernam hantar bantuan kewangan kepada asnaf uzur, tiada waris

17 Apr 2020, 8:36 AM
LZS Sabak Bernam hantar bantuan kewangan kepada asnaf uzur, tiada waris

SHAH ALAM, 17 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) Sabak Bernam mengambil inisiatif menghantar sendiri bantuan kewangan bulanan (BKEW) kepada asnaf menghadapi masalah kesihatan dan tiada waris.

Agensi agama negeri itu memaklumkan pihaknya memahami kekangan golongan berkenaan yang ada di antaranya tinggal seorang diri, uzur dan tiada waris menyebabkan mereka sukar mengambil bantuan terbabit.

"Pegawai LZS Sabak Bernam telah menyerahkan sendiri wang BKEW kepada asnaf berkaitan dan semoga bantuan diberikan dapat mengukir senyuman kepada mereka tatkala wabak Covid-19 melanda negara, kita doakan semua diberi kekuatan dalam meneruskan hidup," katanya dalam Facebook hari ini.

LZS berkata pihaknya berterima kasih kepada pembayar zakat di Selangor kerana wang yang ditunaikan mereka dapat diagihkan kepada golongan memerlukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619