AGENSI

LZS teruskan bantuan asnaf, jaga kebajikan lapan beradik yatim piatu

23 Jul 2021, 2:36 AM
LZS teruskan bantuan asnaf, jaga kebajikan lapan beradik yatim piatu

BUKIT BERUNTUNG, 23 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan bantuan bulanan asnaf kepada keluarga Benyajeed Bernie dan Noraini Ibrahim yang meninggal dunia akibat Covid-19 minggu lalu.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata bantuan pendidikan, makanan dan hari raya juga akan diberikan kepada lapan anak pasangan berkenaan.

"Keluarga ini merupakan asnaf berdaftar sejak 2014 dan selepas ini bantuan bulanan akan diserahkan kepada anak mereka bagi memastikan kebajikan terjamin.

"Dalam masa sama LZS akan terus memantau keperluan anak-anak ini kerana masih kecil dan perjalanan hidup masih panjang. Kita akan lihat bantuan diperlukan," kata Saipolyazan M Yusop.

Beliau berkata pihaknya juga telah menyerahkan bantuan khairat kematian RM3,000 selain bayaran sewa rumah RM650.

Terdahulu Saipolyazan melawat lapan adik beradik tersebut berusia empat hingga 19 tahun yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia pada 16 dan 18 Julai akibat pandemik Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619