EXCO

PKP: Elak jadi mangsa jenayah, guna transaksi tanpa tunai

2 Apr 2020, 3:17 AM
PKP: Elak jadi mangsa jenayah, guna transaksi tanpa tunai

SHAH ALAM, 2 APRIL: Orang ramai diingatkan menggunakan transaksi tanpa tunai semasa berbelanja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata EXCO pembangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata memasuki fasa kedua PKP, keadaan dilihat semakin mendesak serta mungkin berlakunya kejadian jenayah seperti rompak dan samun tanpa mengira waktu.

"Sekiranya terpaksa keluar berbelanja, pastikan tidak membawa wang banyak.

"Memandangkan premis di Selangor sudah banyak menggunakan aplikasi tanpa tunai, seeloknya gunakan kaedah bayaran tanpa tunai bagi mengurangkan risiko keselamatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rodziah berkata ciri-ciri keselamatan lain perlu dititikberatkan adalah memastikan pintu pagar dan pintu laluan keluar masuk di rumah sentiasa berkunci.

"Pastikan kenderaan diletakkan di luar rumah dikunci dan jangan sesekali meninggalkan barang berharga dalam kereta.

"Segala langkah keselamatan perlu dipertingkatkan bagi memastikan terhindar dari menjadi mangsa jenayah," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619