BERITA UTAMA

MBPJ sokong pengecualian sewa, hilang hasil bukan ukuran

22 Mac 2020, 2:15 AM
MBPJ sokong pengecualian sewa, hilang hasil bukan ukuran

SHAH ALAM, 22 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyokong pengecualian sewa bagi meringankan beban peniaga susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan membendung penularan Covid-19.

Datuk Bandarnya Dato' Mohd Sayuthi Bakar berkata kehilangan hasil bukan ukuran ketika ini, sebaliknya rakyat perlu patuh terhadap arahan tersebut sehingga 31 Mac ini.

"Kehilangan hasil bukan perkara penting untuk kita tekankan, sebaliknya kita minta orang ramai patuh kepada arahan yang dikeluarkan dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri serta melakukan jarak sosial," katanya ketika dihubungi SelangorKini, hari ini.

Seramai 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis diberikan pengecualian sewa dan insentif sekali bayar RM500 melalui Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 yang diumumkan 20 Mac lalu.

Permohonan dibuka mulai 1 hingga 30 April ini dan pembayaran akan dibuat selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619