AGENDA

Larangan ke Singapura, Thailand termasuk pekerja

17 Mac 2020, 7:06 AM
Larangan ke Singapura, Thailand termasuk pekerja

KUALA LUMPUR 17 MAC: Larangan berulang-alik setiap hari dikenakan terhadap rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand bermula esok, ketua pengarah Imigresen.

Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata keputusan itu selari dengan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai esok hingga 31 Mac ini, di seluruh negara, lapor BH ONLINE.

"Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sudah mengumumkan perkara itu malam tadi, Jabatan Imigresen Malaysia akan mengambil langkah sewajarnya mengikut keputusan dibuat.

“Bermula esok, semua rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand dilarang memasuki negara berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619