AGENDA

Harga minyak dunia menjunam 30 peratus

9 Mac 2020, 7:00 AM
Harga minyak dunia menjunam 30 peratus

MOSCOW, 9 MAC: Harga minyak mentah dunia menurun lebih 30 peratus pada Isnin, susulan kegagalan pengeluar minyak Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mencapai kesepakatan mengenai pemotongan pengeluaran minyak yang lebih besar, lapor agensi berita Sputnik.

Sehingga 04:41 GMT, harga minyak mentah Brent untuk penghantaran Mei turun 28.69 peratus - kepada US$32.28 setong. Nilai niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pada April pula berkurangan 31.35 peratus kepada US$28.33 setong.

OPEC yang diketuai Arab Saudi telah mengadakan perjanjian mengenai pengurangan pengeluaran sejak 2016 dengan negara sekutu yang bukan merupakan negara anggota, diketuai Rusia.

Pada Jumaat OPEC dan pakatan pengeluarnya, dipanggil OPEC+, mengadakan mesyuarat di Vienna untuk membincangkan mengenai perkara itu.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat, OPEC+ bersetuju untuk menstabilkan pasaran minyak, tanpa menyentuh mengenai pemotongan pengeluaran.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619