AGENDA

Menteri Opec+ adakan pertemuan bersemuka pertama sejak 2020

2 Okt 2022, 3:26 AM
Menteri Opec+ adakan pertemuan bersemuka pertama sejak 2020

VIENNA, 2 OKT: Menteri-menteri minyak Opec+ akan bertemu di Vienna pada 5 Oktober untuk membincangkan strategi pengeluaran masa depan, menurut kenyataan dikeluarkan organisasi itu pada Sabtu.

Pertemuan bersemuka peringkat menteri Opec+ itu adalah yang pertama diadakan sejak Mac 2020 berikutan sekatan COVID-19, lapor Xinhua.

Pelabur menunggu keputusan mesyuarat Opec+ minggu depan, berikutan kejatuhan harga minyak baru-baru ini disebabkan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi dan penguncupan permintaan.

Kedua-dua minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) dan Brent merosot daripada paras tertinggi lebih US$120 setong pada Jun kepada kira-kira US$80 setong.

Opec+ yang terdiri Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, mengurangkan pengeluaran minyak secara besar-besaran pada 2020 apabila pandemik COVID-19 menjejaskan permintaan.

Kumpulan itu mula meningkatkan semula pengeluaran pada Julai 2021 memandangkan pasaran semakin pulih.

Pada mesyuarat terakhir peringkat menteri yang diadakan awal September, Opec+ mengumumkan pemotongan kecil pengeluaran sebanyak 100,000 tong sehari untuk Oktober, pemotongan yang pertama dalam tempoh lebih setahun, untuk mengawal kemerosotan harga minyak mentah. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619