AGENDA

MIDF Research: Unjuran harga minyak 2020 US$41 setong

21 Jul 2020, 4:07 AM
MIDF Research: Unjuran harga minyak 2020 US$41 setong

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: MIDF Research mengekalkan andaian harga minyak mentah pada US$41 setong di celah-celah laporan negatif mengenai Covid-19 dan pemulihan permintaan yang lembap.

Dalam satu nota penyelidikan, firma itu berkata perkembangan negatif berhubung Covid-19 akan terus menjejaskan harga minyak memandangkan kes-kes baharu kian meningkat di 16 negara yang menguasai kira-kira 70 peratus penggunaan minyak mentah global.

Selain daripada itu, kemerosotan harga minyak susulan keputusan menurunkan pengurangan pengeluaran oleh Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) dan negara sekutu dijangka dapat dihalang oleh penurunan inventori minyak mentah seluruh dunia diikuti dengan permintaan yang kian pulih.

"Dengan demikian, kami menjangkakan pemulihan dalam permintaan untuk minyak mentah dalam suku akan datang. Bagaimanapun, kami juga percaya ianya tidak cukup kuat untuk menangani kesan perang dagangan antara AS-China,” katanya.

Firma penyelidikan itu turut mengekalkan saranan 'neutral' untuk kedua-dua sub-segmen hiliran dan huluan industri minyak dan gas berikutan terdapatnya beberapa peristiwa yang menjejaskan kestabilan harga minyak, pengurangan dalam perbelanjaan modal penggalian dan pengeluaran luar pesisir serta pemulihan permintaan secara berperingkat untuk produk berkaitan minyak seluruh dunia.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619