BERITA UTAMA

Sultan Sharafuddin ziarah Makam Diraja Klang

8 Mac 2020, 7:18 AM
Sultan Sharafuddin ziarah Makam Diraja Klang
Sultan Sharafuddin ziarah Makam Diraja Klang

KLANG, 8 MAC: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli berangkat menziarahi makam ayahandanya Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Makam Diraja Klang di sini hari ini.

Baginda tiba di makam sekitar jam 11.30 pagi diiringi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, pembesar negeri dan anggota kerabat diraja Selangor.

Turut hadir, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_388936" align="aligncenter" width="670"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyempurnakan bacaan Yasin bersama tetamu lain di Masjid Istana Diraja Klang pada 8 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Istiadat menziarah itu adalah sempena ulang tahun ayahandanya dan baginda berkenan menabur bunga dan menyiram air mawar di makam diikuti Tengku Amir Shah serta anggota kerabat diraja.

Kemudian, bacaan tahlil dan doa dimulakan selama kira-kira setengah jam dipimpin Mufti Selangor Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Sejurus selesai, baginda ke Masjid Istana Diraja Istana Alam Shah untuk bacaan Yasin dan menunaikan solat fardhu Zohor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619