ADN

Empat wakil rakyat Bersatu Selangor sokong Pakatan lepas jumpa Tun M

5 Mac 2020, 10:27 AM
Empat wakil rakyat Bersatu Selangor sokong Pakatan lepas jumpa Tun M

SHAH ALAM, 5 MAC: Empat Ahli Dewan Negeri Bersatu Selangor hari ini menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (Pakatan) selepas menemui Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Mereka ialah Sallehuddin Amiruddin (Kuang), Mohd Shaid Rosli (Jeram), Adhif Syan Abdullah (Dengkil) dan Harumaini Omar (Batang Kali), lapor Free Malaysia Today.

“Kami menghargai mandat rakyat pada pilihan raya umum 2018. Itu sebabnya kami sokong Pakatan khususnya di Selangor,” kata Harumaini dalam sidang media di Putrajaya.

Sementara itu, Sallehuddin berkata mereka akan bertemu Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari esok untuk menyuarakan sokongan dan membincangkan kaedah kerjasama dengan Kerajaan Negeri.

Hari ini, Amirudin dalam sidang media di kediaman rasminya memaklumkan Pakatan mempunyai jumlah mencukupi untuk mengekalkan majoriti di Selangor.

Bersatu meninggalkan Pakatan pada 24 Februari lalu dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan baharu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619