AGENSI

PAKATAN Selangor terus laksana agenda penuhi mandat rakyat

23 Ogos 2020, 6:25 AM
PAKATAN Selangor terus laksana agenda penuhi mandat rakyat

KUANG, 23 OGOS: Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) Selangor terus melaksana agenda dirancang demi memenuhi mandat rakyat dalam pilihan raya dua tahun lalu.

Pengerusinya Dato' Seri Amirudin Shari berkata gabungan itu juga kekal utuh dan stabil termasuk sokongan beberapa wakil rakyat bebas.

“Saya ingin menyatakan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuang (Sallehudin Amiruddin) kerana meneruskan sokongan padu kepada PAKATAN untuk meneruskan agenda sesuai dengan mandat pada 2018," katanya ditemui di Kampung Orang Asli Ulu Kuang hari ini.

Pada 14 Ogos lalu, Sallehudin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan keluar parti disusuli wakil rakyat Batang Kali Harumaini Omar sehari kemudian.

Ahli Dewan Negeri Jeram Mohd Shaid Rosli yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kuala Selangor lebih awal meninggalkan parti pada 8 Ogos. Kesemuanya kekal menyokong pentadbiran Dato' Menteri Besar.

Sementara itu, Sallehudin berkata keputusan kekal bersama PAKATAN dibuat sejak Mac lalu.

“Kita dapat mandat rakyat. Rakyat memberi kemenangan kepada calon PAKATAN maka saya kekal walaupun sekarang bebas,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619