ADN

Penduduk DUN Sementa diminta manfaatkan Bantuan Sihat Rakyat

26 Feb 2020, 9:18 AM
Penduduk DUN Sementa diminta manfaatkan Bantuan Sihat Rakyat

KLANG, 26 FEB: Penduduk berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa diminta memanfaatkan Bantuan Sihat Selangor yang dibuka mulai Rabu lalu, kata Ahli Dewan Negerinya, Dr Daroyah Alwi.

Beliau berkata insentif itu menawarkan bantuan kewangan dialisis buah pinggang, katarak mata, pembedahan kecil, kaki palsu, peralatan dan pelbagai rawatan lain di hospital kerajaan.

"Program ini adalah tanda prihatin Kerajaan Negeri terhadap golongan kurang bernasib baik yang mungkin gagal mendapat rawatan lanjut disebabkan pelbagai kekangan.

"Kita bantu rakyat mendapatkan akses rawatan yang lebih mudah dan inisiatif ini perlu dimanfaat sepenuhnya," katanya selepas menghadiri 'Jelajah Majlis Perbandaran Klang (MPK) Care' di sini hari ini.

Bantuan Sihat Selangor dibuka kepada penduduk berpendapatan isi rumah RM3,000 sebulan ke bawah serta pemastautin tinggal lebih 10 tahun di negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619