BERITA UTAMA

Pejabat DNS belum terima surat letak jawatan timbalan speaker

14 Jun 2020, 3:52 AM
Pejabat DNS belum terima surat letak jawatan timbalan speaker

SHAH ALAM, 14 JUN: Pejabat Dewan Negeri Selangor (DNS) belum menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa selaku timbalan speaker, kata Ng Suee Lim.

Beliau berkata berkata surat itu mungkin diserahkan Dr Daroyah Alwi dalam masa terdekat selepas mengumumkan keluar KEADILAN semalam.

"Saya menghormati keputusannya dan merakamkan ucapan penghargaan kerana selama ini memberikan kerjasama serta komitmen yang baik bagi melicinkan perjalanan sidang dewan yang beliau kendalikan," kata Speaker DNS kepada SelangorKini.

Katanya, pengganti kekosongan jawatan itu akan dilantik Kerajaan Negeri pada hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor (DNS) yang dijadualkan berlangsung pada 13 Jun.

Sidang DNS kali ini dijangka berlangsung selama dua minggu sehingga 24 Julai.

Sebelum itu, Pengerusi KEADILAN Selangor Dato' Seri Amirudin Shari mengecam keras tindakan Dr Daroyah keluar dari parti dan menganggapnya sebagai pengkhianatan kepada rakyat.

Susulan itu, Dato' Menteri Besar mengecam Dr Daroyah kerana mengkhianati mandat rakyat dan menggesa beliau mengosongkan kerusi berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619