ADN

Muka, tangan Ali XPDC melecur, DUN Sementa dapatkan bantuan LZS

2 Apr 2020, 9:09 AM
Muka, tangan Ali XPDC melecur, DUN Sementa dapatkan bantuan LZS

SHAH ALAM, 2 APRIL: DUN Sementa akan membantu penyanyi kumpulan rock terkenal XPDC, Ali mendapatkan bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) selepas mengalami kemalangan minggu lalu, kata Ahli Dewan Negerinya.

Dr Daroyah Alwi berkata Ali, nama asal Mohd Ali Ismail, 52, melecur pada muka, tangan dan kaki ketika membakar sampah menggunakan petrol di rumahnya memerlukan sumbangan bagi menampung perbelanjaan mendapatkan rawatan.

"Sebelum ini beliau ada memohon bantuan kepada pihak LZS namun ditolak dan kita akan cuba membantu mendapatkannya sekali lagi kerana ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini Ali tidak dapat bekerja tambahan selepas kemalangan yang berlaku," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya menyerahkan bantuan kewangan dan barang keperluan kepada Ali yang tinggal bersama isteri serta lima anak di Kampung Rantau Panjang hari ini.

Dalam perkembangan sama, rakan baik Ali, Salimey Abu Bakar berkata kemalangan dialami Ali menangkis dakwaan beliau kini sakit akibat Covid-19.

Katanya, Ali tidak menghadiri perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling seperti didakwa segelintir pihak kerana ketika itu beliau mengerjakan umrah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619