AGENDA

FAM mahu lebih banyak kelab miliki stadium

24 Feb 2020, 3:51 AM
FAM mahu lebih banyak kelab miliki stadium

SHAH ALAM, 24 FEB: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memasang impian untuk melihat lebih banyak kelab membina dan memiliki stadium sendiri pada masa hadapan, kata presidennya.

Datuk Hamidin Mohd Amin berkata dengan adanya stadium seperti Stadium Sultan Ibrahim dimiliki Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Felda United mempunyai Stadium Tun Abdul Razak dapat memartabatkan prestij sukan itu, lapor Sinar Harian.

Katanya, dengan perkembangan itu FAM berharap lebih banyak pasukan akan mempunyai kemudahan sama dengan pembinaan stadium baharu.

"Kami di FAM berbesar hati menerima jemputan menyaksikan hari bersejarah JDT (perasmian Stadium Sultan Ibrahim). Dengan fasilitinya dan kemudahan yang ada, pastinya stadium ini menjadi mercu tanda JDT malah usaha ini mampu melonjakkan pembangunan bola sepak tempatan serta negara.

"FAM mengucapkan ribuan terima kasih di bawah jemputan dan sekalung tahniah kepada JDT dan JOHOR Southern Tigers," katanya.

Harimau Selatan bakal memulakan aksi pertama bertemu Kedah di stadium baharu pada 28 Mac ini bagi merebut Piala Sumbangsih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619