AGENDA

MSU rai 1,769 graduan, tangguh konvokesyen pelajar China dan Sri Lanka

23 Feb 2020, 2:29 AM
MSU rai 1,769 graduan, tangguh konvokesyen pelajar China dan Sri Lanka

SHAH ALAM, 23 FEB: Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) menangguhkan sesi konvokesyen pada kali ini untuk graduan dari China dan Sri Lanka susulan penularan wabak Covid-19.

Presidennya, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata ia sebagai langkah berjaga-jaga serta mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Kesihatan.

"Buat masa ini, kita tidak benarkan mereka balik ke sini sehingga keadaan reda tetapi MSU terus memberi sokongan dari segi kaunseling dan program pembelajaran secara online (dalam talian)," katanya.

Pada konvokesyen ke-26 itu, seramai 1,769 graduan daripada 87 program pengajian diraikan selama dua hari bermula semalam.

Seramai 1,108 graduan menerima skrol ijazah Sarjana Muda, ijazah Doktor Falsafah atau PhD (48), ijazah sarjana (34) dan Diploma (579) serta lima anugerah khas diberikan kepada 47 graduan di atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang pengajian masing-masing.

Mengulas pencapaian graduan dalam konvokesyen itu, Dr Mohd Shukri gembira kerana sebanyak 42 peratus memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan ke atas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619