AGENDA

Sukma 2020: Atlet olahraga berlatih di Kenya

18 Feb 2020, 12:59 AM
Sukma 2020: Atlet olahraga berlatih di Kenya

SHAH ALAM, 18 FEB: Atlet olahraga Selangor dihantar ke Kenya bagi menjalani latihan intensif sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2020 di Johor, Julai ini.

Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata dua atlet lelaki ke sana sejak Januari lalu bagi meningkatkan prestasi di bawah kendalian jurulatih Kenya.

"Kita hantar atlet ke Kenya bagi melihat sendiri pusat latihan olahraga dilaksanakan. Kita (MSN) bayar tiket sahaja selebihnya ditanggung jurulatih tersebut.

"Kita pilih jurulatih Kenya kerana mereka melahirkan pelari jarak jauh yang sangat bagus di samping olahraga," katanya dalam temu bual eksklusif bersama SelangorKini di Kompleks Belia Negeri Selangor, di sini 10 Februari lalu.

Antara atlet olahraga yang berlatih di Kenya adalah Berchmans Aruldass dan Jeff Lim Zhe Yu.

Sementara itu, Rhaasrikanesh Kanavathi, Muhammad Afif Mohd Fathi dan Liyana Azizan Durisic bagi sukan golf menjalani latihan di Amerika Syarikat.

Adi Faizal berkata beberapa program sukan disusun menjelang Sukma selain penyertaan atlet dalam kejohanan di luar negara seperti berbasikal, renang dan tenis.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619