AGENDA

Kerajaan sasar 200 pasar nelayan di seluruh negara tahun ini

30 Jan 2020, 5:04 AM
Kerajaan sasar 200 pasar nelayan di seluruh negara tahun ini

SHAH ALAM, 30 JAN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk menambah 70 lagi pasar nelayan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, kata menterinya.

Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata sehingga kini terdapat lebih 130 pasar nelayan yang memberi peluang kepada mereka memasarkan hasil tangkapan terus kepada pengguna, lapor Berita Harian.

"Nelayan juga memperoleh margin pulangan harga yang lebih baik dan menguntungkan, manakala pengguna pula mendapat bekalan segar pada harga berpatutan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Nelayan Pulau Gajah di Kota Bharu hari ini.

Beliau turut berjanji pendapatan nelayan akan bertambah sekiranya perairan negara dijaga dengan baik dan dimaklumkan tiada lagi vesel asing yang masuk.

“Pihak kami akan bekerja lebih kuat bagi memastikan pengawalan Op Naga dapat diteruskan dan pada masa sama, laut kita bebas daripada ancaman nelayan asing serta kemudahan pasar nelayan akan terus dipertingkatkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619