AGENDA

MB zahir dukacita pemergian Salahuddin

23 Jul 2023, 3:11 PM
MB zahir dukacita pemergian Salahuddin

SHAH ALAM, 23 JULAI: Dato' Menteri Besar menzahirkan dukacita atas pemergian menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, pada jam 9.23 malam tadi.

Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook berkata Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub berusia 61 tahun seorang pemimpin yang amat tekun bekerja dan prihatin nasib rakyat.

"Menerima berita yang amat sedih dan dukacita pemergian sahabat saya Datuk Seri Salahuddin Ayub. Seorang pemimpin yang amat tekun bekerja demi rakyat.

"Memegang portfolio berkaitan kos sara hidup, beliau sering prihatin dan berbincang bersama untuk membantu rakyat di Selangor. Innalillahi wainna ilaihi raji’un Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu," tulisnya.

Terdahulu, berita kematian Sallahudin disahkan oleh anaknya Fatiha Salahuddin menerusi kenyataan di Facebook.

Semalam, media melaporkan Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan HSB selepas mengalami mual serta muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619