PBT

MBPJ perkenal aduan terbaharu menerusi WhatsApp

23 Jan 2020, 9:43 AM
MBPJ perkenal aduan terbaharu menerusi WhatsApp

SHAH ALAM, 23 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperkenalkan saluran aduan terbaharu menerusi aplikasi WhatsApp bagi penambahbaikan perkhidmatannya mulai 3 Januari lalu, kata datuk bandarnya.

Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata saluran terbabit membolehkan tindakan segera diambil dan orang ramai boleh membuat aduan semasa seperti kerosakan infrastruktur, kutipan sampah dan haiwan liar.

Katanya, pengguna boleh menggunakan talian 011-1201 7914 dengan memberikan segala butiran lengkap diperlukan bagi tujuan berkenaan.

"Waktu urusan saluran ini bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang iaitu pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MBPJ bil 1/2020 di sini hari ini.

Selain itu, MBPJ turut menyediakan alternatif lain iaitu e-mel aduan (aduan@mbpj.gov.my), talian (03-7954 2020), faks (03-7955 1804), Facebook mbpjaduan, sistem perhubungan pelanggan https://embpj.mbpj.gov.my/ dan aplikasi ‘eAduan MBPJ’ di peranti android playstore.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619