PBT

Geran komuniti Petaling Jaya mampan tawar biaya hingga RM50,000

12 Mei 2021, 8:27 AM
Geran komuniti Petaling Jaya mampan tawar biaya hingga RM50,000
Geran komuniti Petaling Jaya mampan tawar biaya hingga RM50,000

SHAH ALAM, 12 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menawarkan pembiayaan Geran Komuniti Petaling Jaya Mampan 3.0 dari RM5,000 hingga RM50,000.

Datuk bandarnya berkata inisiatif bertujuan merancang dan melaksana projek meningkatkan prestasi menerusi 10 bidang berkaitan dengan penyertaan masyarakat, rakan perkongsian dan inklusif ke arah Petaling Jaya Mampan 2030.

"Hanya projek dalam bidang disenarai sahaja layak mendapat bantuan geran dan organisasi berminat untuk membantu amat dialu-alukan mengemukakan permohonan sebelum atau pada 30 Ogos ini," kata Dato' Mohd Sayuthi Bakar menerusi kenyataan.

Bidang terbabit adalah Bandar Pintar dan Ekonomi Digital, Bandar Hijau dan Ekonomi Hijau, Pekeliling Ekonomi, Bandar Rendah Karbon serta Bandar Selamat.

Ia juga termasuk Bandar Mesra Kanak-kanak, Bandar Pembelajaran, Pengangkutan dan Infrastruktur Berdaya Tahan, Rekaan Universal juga Masyarakat 5.0.

Tawaran terbuka kepada persatuan penduduk, rukun tetangga, majlis pengurusan komuniti kampung, badan pengurusan bersama, perbadanan bersama, persatuan ibu bapa dan guru, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, tempat ibadat serta badan/organisasi bukan kerajaan berdaftar.

Mohd Sayuti berharap inisiatif ditawarkan mendapat sambutan dan penglibatan daripada masyarakat supaya objektif dirancang dapat dilaksanakan.

Borang dan panduan permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi www.mbpj.gov.my atau diambil di kaunter Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBPJ di Tingkat 20, Menara MBPJ.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi urusetia Geran Komuniti Untuk Petaling Jaya Mampan di talian 03-79541440 atau email gerankomuniti3.0@mbpj.gov.my .

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619