PBT

MBPJ mahu peniaga patuh Perintah Kawalan Pergerakan

19 Mac 2020, 3:19 PM
MBPJ mahu peniaga patuh Perintah Kawalan Pergerakan

SHAH ALAM, 19 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meminta pemegang lesen perniagaan mematuhi arahan di sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, kata datuk bandarnya.

Dato' Mohd Sayuthi Bakar berkata pihaknya membenarkan semua premis makanan, restoran, kafe atau kendera saji beroperasi seperti biasa dengan pengusaha hanya dibenarkan menyediakan perkhidmatan berbungkus serta penghantaran sahaja.

"Pasar awam juga dibolehkan tetapi hanya menjual barangan keperluan harian manakala peniaga terlibat dengan aktiviti menjual makanan dan minuman tertakluk kepada syarat sama seperti perusahaan makanan.

"Tapak perniagaan seperti karnival, ekspo, bazar larut malam (uptown) termasuk pasar malam, pasar pagi, pasar tani, gerai dan penjaja sementara hendaklah ditutup sementara kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit serta kedai serbaneka," katanya dalam notis arahan di Facebook MBPJ.

Dalam perkongsian berasingan, MBPJ turut memaklumkan bengkel kenderaan hanya dibenarkan beroperasi dari 9 pagi hingga 2 petang.

Isnin lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai semalam hingga 31 Mac bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619