NASIONAL

Tiada bukti sains bawang merah ubati influenza tapi tak salah amal

18 Jan 2020, 7:34 AM
Tiada bukti sains bawang merah ubati influenza tapi tak salah amal

GOPENG, 18 JAN: Tiada bukti sains menyokong dakwaan penggunaan bawang merah mampu merawat influenza, kata timbalan menteri kesihatan.

Dr Lee Boon Chye berkata sebaliknya orang ramai digalakkan mengamalkan penjagaan kebersihan serta mengambil pemakanan seimbang bagi mengelak penularan jangkitan.

"Tidak salah mengamalkan petua seperti meletakkan hirisan bawang merah atau menggunakan semburan pembunuh kuman asalkan ia tidak berlebih-lebihan dan mencetuskan panik.

"Kita tiada bukti sains menunjukkan petua (penggunaan bawang merah) banyak membantu walaupun kita tak halang ia diamalkan sebab ia tidak jejaskan kesihatan," katanya selepas pelancaran pembangunan pusat komersial Botani Village di sini, hari ini.

Dr Lee diminta mengulas dakwaan segelintir netizen mendakwa hirisan bawang merah yang diletakkan di persekitaran kawasan kediaman mampu menyerap virus influenza dari terkena jangkitan kepada manusia.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619