SELANGOR

Petaling Perdana catat 185 kes influenza

17 Jan 2020, 8:50 AM
Petaling Perdana catat 185 kes influenza

SHAH ALAM, 17 JAN: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor merekodkan 717 kes influenza A dan H1N1 di 10 daerah membabitkan 248 buah sekolah sehingga 9 pagi hari ini.

Daerah Petaling Perdana merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 185 diikuti Klang (143 kes) dan Petaling Utama 102 kes.

"Semua kes yang dilaporkan sudah menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil. Mereka diberi cuti dan dinasihatkan untuk dikuarantin di rumah dalam tempoh tiga hingga tujuh hari," kata agensi itu dalam kenyataan hari ini.

Petaling Utama melibatkan kawasan di sekitar Petaling Jaya sementara Petaling Perdana meliputi sekitar Shah Alam.

Jumlah itu meningkat berbanding 548 kes membabitkan 194 sekolah yang direkodkan semalam.

JPN Selangor turut memaklumkan pejabat kesihatan daerah menjalankan langkah pencegahan di 15 sekolah di negeri ini yang dikategori ILI (Influenza like illness) dan proses itu diteruskan di 10 sekolah lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619