AGENDA

Sekatan India beri impak kecil sawit Malaysia

15 Jan 2020, 12:26 PM
Sekatan India beri impak kecil sawit Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Jumlah kuantiti eksport minyak sawit bertapis Malaysia ke India adalah kecil iaitu dianggarkan sekitar US$300 juta setahun.

Sebarang tindakan seperti sekatan dikenakan pengimport minyak sawit India bagi pembelian komoditi Malaysia itu sebaliknya hanya memberi impak minimum kepada negara ini, demikian menurut Standard Chartered.

"Pada akhirnya, India perlu membelinya daripada sumber lain dan sekiranya sekatan itu dikuatkuasakan dan mereka perlu membeli pada harga lebih tinggi," kata Ketua Pakar Ekonomi dan Penyelidikan ASEAN/Asia Selatan Standard Chartered, Edward Lee kepada pemberita pada taklimat penyelidikan di sini, hari ini.

Beliau berkata secara amnya perkembangan itu hanya memberi sokongan kepada harga minyak sawit mentah (MSM).

“Ia turut memberi sokongan kepada eksport Malaysia dan juga akaun semasanya," katanya.

Laporan sebelum ini menyatakan Kementerian Perdagangan dan Industri India mengeluarkan kenyataan import minyak sawit bertapis dipinda daripada 'bebas' kepada 'terhad.'

Namun, Menteri Industri Utama Teresa Kok pada Isnin menafikan laporan mengenai sekatan ke atas minyak sawit Malaysia.

“Mana ada boikot? Mereka cuma minta kita (Malaysia) lebihkan eksport MSM ke sana dan kurangkan eksport minyak bertapis," kata Kok pada satu sesi taklimat bersama penanam sawit Selangor.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619