AGENDA

Remaja lelaki maut dihempap pokok kelapa sawit

15 Jul 2025, 12:41 PM
Remaja lelaki maut dihempap pokok kelapa sawit

JOHOR BAHRU, 15 JULAI: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut akibat dihempap sebatang pokok kelapa sawit di Parit Katik, Ayer Baloi di Pontian pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 11.30 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Klinik Kesihatan Benut.

“Siasatan awal mendapati remaja itu mengikut rakannya yang (melakukan) kerja mengorek parit sebelum dia yang sedang berehat di atas jambatan, tiba-tiba dihempap pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kematian mangsa tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Mohd Aziz Othman melalui talian 019-7973696 atau hubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian 07-6869999," katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619