AGENDA

Tarif air: Belum muktamad, tunggu maklum balas persekutuan

13 Jan 2020, 4:13 AM
Tarif air: Belum muktamad, tunggu maklum balas persekutuan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 JAN: Proses perbincangan dengan semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan masih berlangsung sebelum keputusan kenaikan tarif air dimuktamadkan pada peringkat Kerajaan Negeri, kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Dato' Menteri Besar berkata pihaknya tidak boleh bergerak sendirian dan perlu menunggu maklum balas di peringkat persekutuan sebelum ia dilaksanakan.

"Kalau dilaksanakan (kenaikan tarif) ia secara menyeluruh bersama negeri-negeri lain, maka saya tidak boleh bergerak sendirian. Saya harus menunggu maklum balas daripada (kerajaan) persekutuan," katanya.

Beliau menjawab berhubung status perbincangan tarif air selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, hari ini.

Katanya, semua aspek dinilai sebelum sebarang cadangan termasuk pemberian rebat dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan kerana ia turut membabitkan program pemberian air percuma.

"Kita baru ambil alih (pengurusan) air sekitar satu dua tahun. Selepas ambil alih kita sudah membuat pelan perniagaan dan semua perlu diperincikan kerana kita mempunyai dasar pemberian air percuma.

"Kita kena melihat semua aspek sebab yang paling penting bagi saya adalah kemampanan bekalan air dan kemampuan untuk menyelenggara oleh syarikat air sendiri," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619