AGENDA

Kes video: Azmin bersyukur, minta henti politik fitnah

9 Jan 2020, 11:27 AM
Kes video: Azmin bersyukur, minta henti politik fitnah

SHAH ALAM, 9 JAN: Dato' Seri Mohamed Azmin Ali bersyukur atas kenyataan peguam negara berkaitan siasatan kes video seks yang dikaitkan dengan dirinya.

"Saya bersyukur kepada Allah atas kemenangan kebenaran ke atas kejahatan dan berdoa agar tidak ada sesiapa lagi yang akan menjadi mangsa kepada kedurjanaan politik seperti ini," kata timbalan presiden KEADILAN.

Menyifatkan video itu komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya, menteri hal ehwal ekonomi melalui kenyataan media berkata beliau sedari awal menegaskan secara tuntas rakaman itu hanya fitnah.

"Meskipun mereka yang berniat jahat boleh merancang dan bersekongkol, saya tidak sama sekali ragu bahawa keadilan akan menyerlah," katanya yang turut merakam penghargaan kepada keluarga, rakan serta rakyat.

"Akhir sekali, mari kita menghentikan politik fitnah, serangan peribadi dan caci-maki. Sebaliknya, menjayakan wacana yang membina dan idea bernas tentang Kemakmuran Bersama, kesejahteraan rakyat dan pembinaan negara".

Petang tadi, Tan Sri Tommy Thomas dalam kenyataan media berkata timbalan pendakwa raya memutuskan tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak berikutan laporan analisis yang diterima polis mengesahkan pengenalan identiti dalam rakaman tidak boleh dibuat secara pasti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619