AGENDA

Peguam negara: Tiada pendakwaan kes video seks

9 Jan 2020, 10:27 AM
Peguam negara: Tiada pendakwaan kes video seks

SHAH ALAM, 9 JAN: Tiada pendakwaan dibuat terhadap mana-mana pihak dalam siasatan kes video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri, kata peguam negara

Tan Sri Tommy Thomas berkata timbalan pendakwa raya memutuskan demikian secara sebulat suara berikutan laporan analisis yang diterima polis mengesahkan pengenalan identiti tidak boleh dibuat secara pasti.

"Saya telah menerima syor tersebut dan membuat keputusan tidak mendakwa mana-mana pihak. Selaras dengan amalan biasa, penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baharu diperolehi," katanya pada kenyataan media hari ini.

Jabatan Peguam Negara dan polis telah bekerjasama menjalankan siasatan berkaitan dengan video seks yang dikatakan melibatkan personaliti politik sejak 13 Jun tahun lalu.

Sebelum ini, video seks membabitkan dua lelaki tular di media sosial diikuti pengakuan bekas Ketua Pemuda KEADILAN Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku sebagai seorang daripada lelaki dalam video tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619