AGENDA

Polis rampas rokok seludup dan kenderaan RM4.3 juta

25 Dis 2019, 12:21 AM
Polis rampas rokok seludup dan kenderaan RM4.3 juta

KUALA LUMPUR, 25 DIS: Polis menahan tiga lelaki dan merampas 25,840 karton rokok seludup serta lima kenderaan pelbagai jenis dianggar bernilai RM4.3 juta menerusi operasi khas membanteras sindiket pengedaran rokok seludup, Op Asap di sebuah rumah di Tapah, Perak, kelmarin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki tempatan dan seorang warga Bangladesh berusia 26 hingga 47 tahun.

"Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata semakan mendapati 24,700 karton rokok putih dan 1,140 karton rokok jenis kretek jenama 'Concept' itu menggunakan setem kastam ‘Duty Paid’ yang disyaki palsu.

Katanya, lima kenderaan yang dirampas pula terdiri daripada masing-masing sebuah kereta Honda Accord, pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan motosikal Honda Ex-5 serta dua buah lori.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619