AGENDA

Rokok seludup antara barangan bernilai RM5.6 juta dilupus polis Serdang

5 Jun 2025, 8:14 PM
Rokok seludup antara barangan bernilai RM5.6 juta dilupus polis Serdang

SERDANG, 5 JUN: Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes bernilai RM5.6 juta yang melibatkan mesin bitcoin, minuman keras dan rokok seludup, hasil rampasan daripada 173 kertas siasatan yang diselesaikan antara 2020 hingga Mei lepas.

Ketua Polis Daerah ACP Muhamad Farid Ahmad berkata 164,246 unit barang kes dilupuskan dalam operasi hari ini yang dijalankan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN D207) dan peruntukan di bawah Seksyen 407A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

“Pelupusan ini melibatkan 2,934 unit mesin bitcoin, 119,094 botol minuman keras seludup dan 42,218 karton rokok seludup,” katanya pada sidang media pelupusan barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini hari ini.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619