AGENDA

Polis siasat lagu Negaraku dinyanyi dalam bahasa Mandarin

6 Dis 2019, 8:15 AM
Polis siasat lagu Negaraku dinyanyi dalam bahasa Mandarin

KUALA LUMPUR, 6 DIS: Polis membuka siasatan berhubung dakwaan murid di sebuah sekolah menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dalam bahasa Mandarin seperti yang tular dalam media sosial hari ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

"Video itu adalah video lama dan kami akan membuka siasatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Hari ini, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan menyatakan bahawa pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak.

Video berdurasi satu minit 23 saat yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin itu didakwa dirakam pada 26 September 2018 di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619