AGENDA

Jangan ubah, pinda lagu Negaraku dalam acara rasmi sekolah

6 Dis 2019, 1:00 PM
Jangan ubah, pinda lagu Negaraku dalam acara rasmi sekolah

KUALA LUMPUR, 6 DIS: Pihak pengurusan sekolah diingatkan agar mematuhi Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan tidak mengubah atau meminda lagu kebangsaan Negaraku dalam apa-apa bentuk semasa melaksanakannya dalam mana-mana acara rasmi sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, pihak sekolah perlu sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam melaksanakan perkara-perkara asas terhadap lambang-lambang negara.

Ini, katanya, termasuk lagu kebangsaan Negaraku ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah agar tidak disalah anggap mana-mana pihak.

Mengenai penularan video murid sekolah menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa Mandarin, Amin berkata, hasil siasatan mendapati ia berlaku ketika sesi PdP dengan tujuan memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab semasa menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku.

“Ia tidak dilakukan semasa mana-mana acara rasmi di sekolah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Video berdurasi satu minit 23 saat yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin itu didakwa dirakam pada 26 September 2018 di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619