AGENDA

Kerjasama BN - PAS langkah terdesak

14 Nov 2019, 2:05 PM
Kerjasama BN - PAS langkah terdesak

PONTIAN, 14 NOV: Kerjasama antara parti komponen Barisan Nasional (BN) - UMNO, MCA dan MIC dengan PAS pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai merupakan langkah 'terdesak' dalam dunia politik dan bukannya satu bentuk kerjasama demi kebaikan negara.

Ketua Penerangan PKR Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata beliau yakin kerjasama yang berlaku ketika ini lebih kepada kerjasama politik untuk memenangi PRK ini, dan bukan satu kerjasama untuk membina negara dan sebagainya.

"Ia lebih kepada tujuan terdesak dalam dunia politik. Saya yakin pengundi memahami perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Sesi Penerangan Isu-isu MSPO Pekebun Kecil Sawit Johor', di Dewan Serbaguna Sungai Bunyi, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai 'suasana' politik yang menyaksikan PAS mampu bekerjasama dengan MCA dan MIC pada PRK tersebut.

Shamsul Iskandar turut menepis dakwaan kononnya parti Pakatan Harapan (PAKATAN) memainkan isu perkauman ketika berkempen pada PRK Tanjung Piai.

Jelasnya, PAKATAN adalah parti gabungan yang sentiasa menghargai dan menyokong aspirasi Malaysia Baharu yang mengutamakan kepentingan semua kaum malah wacana perkauman tidak lagi 'segar' dalam konteks politik di negara ini.

" Pimpinan (BN) perlu 'cermin' diri mereka sendiri. Kami tidak ada refleksi (perkauman) itu dalam PAKATAN," kata Shamsul Iskandar.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyelar dan mendakwa PAKATAN memainkan isu perkauman ketika berkempen pada PRK itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619