AGENDA

Tanjung Piai: Anwar gembira pimpinan terbuka dengar pandangan, mesej rakyat

7 Dis 2019, 5:20 AM
Tanjung Piai: Anwar gembira pimpinan terbuka dengar pandangan, mesej rakyat

AYER KEROH, 7 DIS: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim gembira dengan tindak balas positif daripada pemimpin Pakatan Harapan (PAKATAN) yang mengambil pengajaran susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini.

Beliau berkata, keputusan PRK itu perlu dijadikan peringatan supaya tidak terlalu yakin dan terus mendengar isyarat yang diberikan rakyat.

"Saya ucap terima kasih kerana dalam mesyuarat PAKATAN lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengambil pendirian mendengar dan membuat penilaian penuh teliti pandangan oleh semua pimpinan termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya rasa lega kerana sikap yang lebih positif, bersedia untuk menerima kenyataan. Perlu diingatkan rakyat di bawah beri mesej jelas, pimpinan di atas dengar baik-baik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Kongres Tahunan Nasional KEADILAN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Kekalahan di Tanjung Piai menyaksikan merupakan kekalahan keempat PAKATAN dalam PRK pasca PRU-14 selain di Semenyih, Rantau dan Camaeron Highlands.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619