EXCO

Jangan ambil kesempatan atas sikap kemanusiaan Kerajaan Negeri

6 Nov 2019, 9:12 AM
Jangan ambil kesempatan atas sikap kemanusiaan Kerajaan Negeri
Jangan ambil kesempatan atas sikap kemanusiaan Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 6 NOV: Pihak terbabit isu pencerobohan tanah rizab sungai diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan ke atas dasar kemanusiaan yang diamalkan Kerajaan Negeri.

EXCO Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Izham Hashim berkata, ini kerana Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah memelihara kepentingan umum berbanding kepentingan beberapa individu.

"Walaupun ada antara mereka warga asing tetapi mereka juga manusia yang perlu dilayan dengan semangat kemanusiaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2020 di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

[caption id="attachment_353552" align="aligncenter" width="715"] Kediaman penduduk di kawasan rizab Sungai Kedondong, Paya Jaras yang dibina secara tidak sah. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Izham berkata, Kerajaan Negeri juga tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang sengaja mengambil kesempatan dalam isu ini.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri sentiasa bersikap tegas bagi mengatasinya..

"Selepas ini, ada lagi isu pencerobohan tanah rizab mahu diselesaikan Kerajaan Negeri di banyak tempat di seluruh Selangor," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619