AGENDA

Selangor tegas atasi struktur haram di rizab sungai

6 Nov 2019, 4:32 AM
Selangor tegas atasi struktur haram di rizab sungai

SHAH ALAM, 6 NOV: Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang membina struktur binaan haram di atas tanah rizab sungai.

Dato, Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ini termasuk beberapa kilang yang sudah dikenal pasti melakukan kesalahan berkenaan dan bakal dikenakan tindakan tegas bagi mengurangkan risiko pencemaran.

"Kerajaan Negeri mengambil tindakan tegas ketika ini termasuk usaha menangani kilang haram termasuk yang dibina di pinggir sungai, apatah lagi di tebing sungai yang kita laksanakan dengan tegas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan lisan di Persidangan Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Amirudin berkata, Kerajaan sudah memberikan peluang sehingga akhir 2020 supaya pengusaha kilang terbabit membetulkan kedudukan struktur bangunan mereka sebelum dikenakan tindakan tegas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619