PBT

MBPJ lancar sistem e-Cagaran

9 Okt 2019, 1:00 PM
MBPJ lancar sistem e-Cagaran

PETALING JAYA, 9 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan sistem e-Cagaran bagi menaiktaraf sistem lama yang sudah digunapakai sejak 2003, sekali gus menjadikan mereka sebagai Pihak Berkuasa Tempatan pertama melaksanakan sistem seumpama itu, di negeri ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato' Mohd Sayuthi Bakar berkata, setelah 10 tahun menggunakan sistem lama, MBPJ mengambil keputusan untuk menaiktaraf berdasarkan keperluan dan kehendak semasa.

Katanya, proses menaiktaraf mengambil masa 18 bulan dan mula digunapakai pada 1 Februari lalu, namun ia kembali dinaiktaraf berdasar maklum balas Jabatan Audit Negara.

"Sistem e-Cagaran ini mampu memberi keselesaan serta penjimatan masa kepada pelanggan kerana boleh diakses orang awam tanpa perlu berkunjung ke kaunter MBPJ seperti sebelum ini.

"Tambah menarik apabila e-Cagaran ini berupaya untuk membuat pemulangan semula melalui kaedah Pemindahan Dana Elektronik (EFT) berbanding pemulangan menggunakan kaedah cek.

"Paling penting pengguna boleh membuat semakan status cagaran melalui laman web MBPJ, justeru dengan penambahbaikan ini semoga wang cagaran yang dikutip oleh majlis dapat diuruskan dengan baik serta teratur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Sistem e-Cagaran dan Program Tuntut Wang Cagaran di Bilik Gerakan MBPJ, hari ini.

Mohd Sayuthi berkata, sehingga 30 September, MBPJ menguruskan 34 jenis cagaran berjumlah RM225,876,333.

"Cagaran atau deposit yang dikutip MBPJ bertujuan supaya pemohon mematuhi semua syarat ditetapkan majlis.

"Ianya adalah liabiliti kepada majlis dan kerana itulah setiap cagaran diterima perlu diuruskan dan disimpan dengan baik dan teratur," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619