AGENDA

Anwar: Teruskan SST, tambah baik jika perlu

5 Okt 2019, 1:12 AM
Anwar: Teruskan SST, tambah baik jika perlu

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Kerajaan perlu meneruskan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan pada 1 September tahun lalu dengan melakukan penambahbaikan jika perlu daripada mengubahnya.

Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpendapat adalah lebih baik untuk kerajaan mengekalkan sistem itu dengan memperbaiki serta membuat penyesuaian yang perlu dan bukan mempertimbangkan untuk mengubahnya lagi.

"Perubahan akan menjadi masalah seperti yang dilihat dalam tempoh enam bulan selepas SST diperkenalkan,” katanya semasa sesi soal-jawab pada Persidangan Perlembagaan dan Peraturan Perundangan LAWASIA 2019 di sini, malam tadi.

Ketika menjawab soalan sama ada sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perlu diperkenalkan semula, Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, berkata sistem itu lebih cekap dan telus.

“Tetapi semua orang perlu membayar termasuk golongan berpendapatan rendah dan ia tidak adil kepada mereka,” katanya.

GST, yang diperkenalkan Barisan Nasional pada kadar enam peratus pada 1 April 2015, dimansuhkan Pakatan Harapan pada 1 Jun 2018.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619