AGENDA

Hong Kong kutuk keganasan penunjuk perasaan

30 Sep 2019, 8:03 AM
Hong Kong kutuk keganasan penunjuk perasaan

HONG KONG, 30 SEPT: Kerajaan Hong Kong mengecam perbuatan melanggar undang-undang yang dilakukan penunjuk perasaan dalam demonstrasi semalam, lapor agensi berita Sputnik.

Penunjuk perasaan yang berhimpun di Teluk Causeway, Wan Chai dan Admiralty bertindak ganas selain merosakkan banyak kemudahan awam.

"Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong mengutuk tindakan radikal penunjuk perasaan yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang.

"Polis akan mengambil tindakan tegas untuk melindungi keselamatan orang awam dan mengembalikan ketenteraman," menurut kenyataan dikeluarkan semalam.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Hong Kong diancam gelombang bantahan apabila penunjuk perasaan membantah berhubung pindaan undang-undang ekstradisi.

Protes sering kali bertukar menjadi ganas apabila penunjuk perasaan bertembung dengan polis.

Pada September, pindaan rang undang-undang ekstradisi yang mencetuskan kontroversi itu secara rasmi ditarik balik, bagaimanapun bantahan tetap diteruskan menuntut siasatan dijalankan terhadap keganasan yang dilakukan pihak polis ketika menyuraikan penunjuk perasaan.

Pihak berkuasa menafikan anggota mereka menggunakan kekerasan ketika berdepan penunjuk perasaan.

Beijing menyifatkan masalah yang melanda Hong Kong itu berpunca campur tangan asing dalam urusan pentadbiran wilayah itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619